Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor darul Ta’zim) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (P/O) N19
2. Penolong Pegawai Senibina JA29

Tarikh tutup permohonan 02 Mei 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : MBPG Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Mei 2024

Cara Memohon

1. Permohonan adalah secara online melalui laman web www.mbpg.gov.my. (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Semua dokumen hendaklah dimuat naik seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Akademik
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu
e) Gambar Warna Berukuran Passport
f) Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/ Diploma/Ijazah).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 Mei 2024 (Khamis).

i. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terakhir sepertimana mengikut Peraturan 18 Tahun 2012 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) yang perlu dibawa semasa temuduga.

ii. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

Permohonan Yang Ditolak

i) Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
ii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan kerajaan.
iii) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
iv) Pemohon tidak memenuhi/tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.
v) Tidak menyertakan gambar passport berwarna.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong