Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPOB – Tarikh Tutup 12 Jun 2026

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) seperti berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Jadual Gaji
1. Jurutera J9 Satu (1) RM2,250.00 - RM11,110.00
2. Pegawai Tadbir N9 Tujuh (7) RM2,250.00 - RM11,110.00
3. Pegawai Penyelidik Q9 Sepuluh (10) RM2,250.00 - RM11,110.00
4. Pen. Peg. Teknologi Maklumat F5 Satu (1) RM1,650.00 - RM6,620.00
5. Penolong Pegawai Tadbir N5 Enam (6) RM1,650.00 - RM6,620.00
6. Penolong Pegawai Penyelidik Q5 Lapan (8) RM1,650.00 - RM6,620.00
7. Penolong Akauntan W5 Satu (1) RM1,650.00 - RM6,620.00
8. Juruteknik Komputer FT1 Satu (1) RM1,500.00 - RM4,680.00
9. Penjaga Jentera Elektrik J1 Satu (1) RM1,500.00 - RM4,680.00
10. Pembantu Tadbir (P/O) N1 Enam (6) RM1,500.00 - RM4,680.00
11. Pembantu Penyelidik Q1 Enam (6) RM1,500.00 - RM4,680.00
12. Pembantu Khidmat Am H1 Sembilan (9) RM1,500.00 - RM4,680.00

Tarikh tutup permohonan 12 Jun 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan Kosong MPOB – Tarikh Tutup 12 Jun 2026

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara online melalui laman Kerjaya MPOB, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.

3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

4. Hanya pemohon yang MENGISI permohonan secara atas talian seperti di para (i) dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga.

5. Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Jun 2026, jam 5.30 petang.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong