Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Sarjan Polis Gred YA5 Tahun 2023

Jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan bertaraf TETAP di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Terbuka Kepada Taraf Tarikh Mula Tarikh Tutup
1. Sarjan Polis Gred YA5 Lelaki/ Wanita Tetap 27 Disember 2022 09 Januari 2023

**Perhatian : sila rujuk tarikh boleh mula memohon diatas sebelum anda boleh membuat sebarang permohonan di laman ePengambilan PDRM.

Jawatan Kosong Sarjan Polis Gred YA5  Tahun 2023

SARJAN POLIS GRED YA5 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Kelayakan Akademik:
i). Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
ii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Jadual Gaji

Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Gred YA5 : RM 1,930.00 - RM 5,801.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 150.00

DESKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun Tetap Perumahan : RM 300
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 115
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan sepertimana syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman ePengambilan PDRM, sila ke pautan yang diberikan di bawah.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Help Desk Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman di talian 03-2266 8348 / 8350 / 8351.

Iklan dan permohonan jawatan PDRM secara online disini

Lagi jawatan yang berkaitan : Jawatan Kosong Konstabel Polis YT1 Tahun 2023

Perhatian : Sila join kami di telegram untuk info jawatan kosong (klik disini)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong