Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKK 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Perak Darul Ridzuan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) sepertimana berikut.

1. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan 29 Mac 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : MPKK Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Mac 2023

1. Nama Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
Klasifikasi : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Lima (5)
Taraf Jawatan: Kontrak
Calon : Lelaki/ Perempuan
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00)
(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut / motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15)

Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon


1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian di Digital Perak (sila kepautan yang diberikan di bawah). Pemohon diingatkan untuk mengisi alamat email dan nombor telefon yang aktif dalam borang permohonan.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Ujian Bertulis/Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan/akademik yang telah disahkan dan lain- lain dokumen yang perlu dikemukakan.

5. Sebarang urusan melibatkan teknikal Sistem Permohonan Jawatan Kosong melalui portal Digital Perak hendaklah menghubungi Pasukan Help Desk Perak Digital melalui emel perakdigital.kperak@gmail.com (contoh : Lupa Kata Laluan)

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 29 Mac 2023 (Rabu).

Permohonan jawatan secara online di Digital Perak disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong