Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia (USM) 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Sains Malaysia (USM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi jawatan berikut.

1. Pegawai Sains Gred C41
2. Penolong Pegawai Sains C29

Tarikh tutup permohonan 04 Disember 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : USM Pulau Pinang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia (USM) Disember 2023

Jawatan : Pegawai Sains Gred C41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Gaji : RM2,317.00

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
• Ijazah Sarjana Muda Sains atau Sains Gunaan (Biologi) dengan kepujian atau dalam bidang berkaitan yang diktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
• Mempunyai pengalaman dalam alatan saintifik.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan : Penolong Pegawai Sains Gred C29
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gaji Yang Ditawarkan
RM 1,782.91 (Bidang Sains)
RM 1,858.12 (Bidang Mikrobiologi)

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
• Diploma dalam bidang Sains (Biologi) atau Mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Mempunyai pengalaman dalam mengendali pelbagai alatan saintifik. 

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan rasmi dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut : -

'Curriculum Vitae' (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut :
(i) Latar belakang diri termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
(ii) Latar belakang pendidikan, pengalaman kerjaya dan semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah disahkan dikemukakan bersama permohonan ini.

Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Dekan, Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang 
Atau
Emel: dean bio@usm.my

Tarikh Tutup Permohonan Adalah Pada 4 Disember 2023 (Isnin).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong