Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LPPKN November 2023

Jawatan kosong terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sepertimana berikut.

1. Pegawai Perubatan Gred UD53

Tarikh tutup permohonan 03 November 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : LPPKN Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong LPPKN November 2023

Syarat Lantikan

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.; atau

(ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53 : RM6,182.00

b) Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan LPPKN

1) Calon dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

2) Calon yang mempunyai kepakaran dalam bidang O&G.

Tugasan Umum

Memberikan perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan kesihatan dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal dan mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs, sila klik pada pautan yang diberikan di bawah untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 November 2023 (Jumaat).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong