Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UMT November 2022

Jawatan kosong terkini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertaraf TETAP sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Tarikh tutup permohonan 30 november 2022.
Lokasi penempatan : UMT Terangganu.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UMT November 2022

Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Skop kerja : Imam/ Bilal
Taraf jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Skop Kerja

(a) Melaksanakan tugas sebagai imam dan bilal di masjid UMT serta membantu melaksanakan program-program pengimarahan masjid dan pembangunan syiar Islam.
(b) Melaksanakan program-program penyelidikan berteraskan Islam dan sains.
(c) Melaksanakan program-program mempromosikan zakat, wakaf dan infaq.

Kemahiran Tambahan

(a) Berkebolehan menjadi imam dan bilal
(b) Mahir dalam pengajian Al-Quran
(c) Kemahiran teknologi maklumat, khususnya untuk melaksanakan program secara dalam talian
(d) Mahir dalam Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point
(e) Kemahiran grafik

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Penetapan Gaji

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred S29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan

Tempoh Percubaan

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Program Transformasi Minda/ Peperiksaan

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Pegesahan Dalam Perkhidmatan

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Pergerakan Gaji Tahunan

Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

Keperluan Kompetensi Dan Potensi

Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

Kenaikan Gaji Ke Gred S32

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S32 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Cara Memohon

Calon yang berminat serta memenuhi syarat sepertimana diatas hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) di Laman myJobs UMT (Sila ke pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan 30 November 2022 (Rabu).

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong