Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UMT Oktober 2021

Jawatan kosong terkini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) oktober 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagaimana berikut.

BIL Jawatan Kosong Gred Taraf Jawatan
1. Pegawai Penyelidik Q41 Tetap
2. Pegawai Sains C41 Tetap
3. Pegawai Tadbir N41 (Belia dan Sukan) S41 Tetap
4. Pegawai Tadbir N41 (Hal Ehwal Islam) S41 Tetap
5. Jururawat U29 Tetap
6. Pembantu Laut A19 Tetap
7. Pembantu Makmal (Penyediaan Makanan) C19 Tetap
8. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Tetap
9. Penolong Pegawai Perikanan G29 Tetap
10. Penolong Pegawai Perubatan U29 Tetap
11. Penolong Pegawai Sains C29 Tetap
12. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Tetap
13. Pereka B19 Kontrak

Pemohon boleh memohon DUA (2) JAWATAN sahaja dalam satu iklan


Tarikh tutup permohonan 08 Oktober 2021
Lokasi penempatan : UMT Terengganu
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UMT Oktober 2021

UMUR
  • Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Had umur pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 58 tahun.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
  • Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
  • Pemohon adalah disarankan membaca syarat-syarat kelayakan/lantikan dengan teliti sebelum membuat permohonan.
PERMOHONAN ONLINE

1. Semua permohonan perlu dibuat secara online di portal myJob@UMT ini dengan mengisi lengkap maklumat yang diperlukan.

a. Bagi pemohon yang pertama kali menggunakan sistem ini :
  1. Sila mendaftar dahulu dengan klik “Daftar Pengguna”.
  2. Selesai mendaftar, sistem akan menghantar emel pengesahan kepada anda.
  3. Sila login ke emel anda untuk mengaktifkan pendaftaran.
  4. Setelah pendaftaran diaktifkan, anda boleh mengisi permohonan secara online. Sila lengkapkan maklumat peribadi, akademik, pengalaman dan lain-lain maklumat mengikut menu yang disediakan.
  5. Semasa mengisi maklumat atau mengemaskini maklumat, sila pastikan anda menekan butang “Simpan” sebelum ke menu “Seterusnya”.
b. Bagi pemohon yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini :
  1. Sila “Login” dengan menggunakan Alamat Emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Anda boleh menggunakan maklumat terdahulu untuk memohon jawatan bagi iklan yang baharu. Sila pastikan maklumat adalah terkini dengan mengemaskini maklumat yang telah sedia ada.
2. Pemohon boleh memohon dua (2) jawatan sahaja dalam satu iklan.

3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat sebelum tarikh tutup iklan. Semasa mengemaskini maklumat, sila pastikan anda menekan butang “Simpan” supaya pengemaskinian dilaksanakan.

4. Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar dan tepat. Sekiranya didapati maklumat adalah palsu atau terdapat cubaan menyembunyikan maklumat benar, maka pihak UMT boleh mengambil sebarang kemungkinan tindakan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.

5. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses.

6. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada pihak UMT selepas mengisi permohonan online.

PANGGILAN TEMUDUGA
  • Pemohonan yang memenuhi syarat kelayakan, melepasi tapisan yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui emel/surat yang telah didaftarkan. Pemohon disarankan sentiasa menyemak emel bagi mengetahui status terkini permohonan masing-masing.
  • Pemohon-pemohon yang TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN SELEPAS (6) BULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan anda adalah TIDAK BERJAYA.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Pihak Pengurusan UMT adalah muktamad.
Iklan, Syarat permohonan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong