Jawatan Kosong PPUM Oktober 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaya (UM) oktober 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaya (UM) sebagai:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Taraf jawatan : Kontrak

Tarikh tutup permohonan 27 Oktober 2021
Lokasi penempatan : PPUM Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PPUM Oktober 2021

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED JAWATAN/GAJI : F41, F44, F48, F52, F54
TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2021

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00);

atau

(ii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78);

atau

(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;

atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred F41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI

Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED F44

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED F48

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED F52

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED F54

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F54 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F54 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat yang berkuat kuasa pada 1.7.2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).


KRITERIA BAGI PELANTIKAN STAF PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 SECARA KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN (CONTRACT FOR SERVICE)

Kriteria TAMBAHAN tersebut adalah seperti berikut:

i. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap reka bentuk dan pembangunan sistem aplikasi web.

ii. Mempunyai kemahiran pengaturcaraan menggunakan bahasa PHP, Visual Basic, ASP, ASP.net, Javascript, jQuery.

iii. Mempunyai kemahiran menggunakan pangkalan data MySQL.

iv. Mempunyai kemahiran dalam mengguna dan mengendalikan sistem Pengoperasian LINUX.

v. Jika calon mempunyai kemahiran membangunkan sistem aplikasi web, aplikasi mobile, atau mempunyai pengalaman dalam Sistem Pengurusan Hospital, ia akan menjadi satu kelebihan.

vi. Setiap calon-calon yang memohon akan dikehendaki untuk menduduki satu ujian bertulis selama 2 hingga 3 jam. Hanya calon-calon yang lulus ujian berkenaan layak dipertimbangkan untuk sesi temuduga.

Iklan, dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.