Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) September 2021

Jawatan kosong terkini di Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) september 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
Kekosongan : 46 - Simpanan : 13

Tarikh tutup permohonan pada 19 September 2021 (Ahad)
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

JAWATAN : PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian/Jabatan Pertanian
Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Gaji Maksimum : RM2,084.00 - RM9,551.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia 2021

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my . Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 19 September 2021 (Ahad), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong