Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKluang ― Tarikh Tutup 04 September 2021

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) September 2021. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP berikut di Majlis Perbandaran Kluang.

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

Tarikh tutup permohonan pada 04 September 2021
Lokasi penempatan : Kluang, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKluang - Tarikh Tutup 04 September 2021

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Kewangan
KEKOSONGAN : 1

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) a. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

(a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

I. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

II. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

III. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat SECARA ONLINE melalui Google Form (Sila ke pautan yang diberikan di bawah)

Sebarang masalah berkaitan permohonan jawatan sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kluang di talian 07-7771473/1410 atau email kepada hrmpkluang@gmail.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 04 SEPTEMBER 2021

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Pemohon bagi jawatan ini hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut:

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit

ii. Menggunakan suara pemohon sebenar

iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:

● Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon

● Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon

● Ringkasan pengalaman kerja pemohon

● Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon

● Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon

● Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon

● Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’

● Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon

● Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon

● Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon

iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

v. Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat hrmpkluang@gmail.com Sila Pastikan setiap video yang dihantar mempunyai nama, no. kad pengenalan dan nama jawatan yang dipohon.

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan memuat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu gambar berukuran passport, Salinan lesen memandu, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan DITOLAK;

e) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

f) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

g) Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong