Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Oktober 2020

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangnan Langkawi (LADA) sebagai :

1. PENTERJEMAH

TARAF JAWATAN : CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
BAYARAN PERKHIDMATAN : RM 2680.00 sebulan

Tarikh tutup permohonan pada 08 Oktober 2020
Lokasi penempatan : LADA Langkawi
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Oktober 2020

SYARAT LANTIKAN UTAMA

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Atau

d. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Mempunyai pengalaman dalam bidang terjemahan dwi bahasa seperti berikut :

a. Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu; dan

b. Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

(Bagi pengisian di Unit Khidmat Korporat. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang terjemahan dwi bahasa)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. CARA MEMOHON

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. atau sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan;

(ii) Sijil Kelahiran;

(iii) Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(v) Sijil dan Transkrip Ijazah; dan

(vi) Lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum).

b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (PENTERJEMAH) di sebelah kiri sampul surat. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)


c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

3. PERMOHONAN YANG DITOLAK

Borang-borang permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan :

a) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran pasport seperti ditetapkan;

b) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 2 (a);

c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

d) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

e) Mengemukakan maklumat palsu.

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Oktober 2020 (Khamis).

Muat turun borang permohonan jawatan disini

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong