Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Julai 2020

Jawatan kosong terkini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Julai 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di MBPJ sebagai :

1. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH)
2. PEMBANTU TADBIR (GURU)

Tarikh tutup permohonan 06 Julai 2020
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Julai 2020


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang MBPJ: www.mbpj.gov.my. Sila muat turun manual permohonan.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Sijil/dokumen hendaklah diimbas dan dimuatnaik melalui pautan berikut:

https://bit.ly/pembantutadbirgurukontrak

https://bit.ly/pembantutadbirgurucfs

https://bit.ly/pembantuoperasipengasuhcfs

vi) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga;

vii) Pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat (bagi pegawai yang sedang berkhidmat);

viii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

ix) Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ditanggung sendiri oleh pemohon.

PERMOHONAN

Permohonan bagi pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tingkat 16, Menara MBPJ, Jalan Tengah
46200 Petaling Jaya, Selangor
(u.p.: Unit Perkhidmatan)


Tarikh iklan dikeluarkan: 22.6.2020

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 6.7.2020
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong