Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPNM Holdings Sdn Bhd Februari 2020

Jawatan kosong terkini di UPNM Holdings Sdn Bhd 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di UPNM Holdings Sdn Bhd sebagai :

1. PENGURUS UPNM HOLDINGS SDN. BHD. (KONTRAK)

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2020
Lokasi penempatan : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong UPNM Holdings Sdn Bhd Februari 2020

Kelayakan : IJAZAH

Gaji Bulanan RM5,000.00 – RM10,000.00

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

a. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

SYARAT LANTIKAN WAJIB:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN:

a. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Perdagangan / Perakaunan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

b. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,

c. Mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan sebuah syarikat.

d. Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

e. Berpewatakan menarik dan mempunyai skil perhubungan awam yang baik.

f. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran perniagaan.

g. Kelebihan diberi kepada pemohon yang mempunyai pengalaman menyediakan ‘Full set of accounts’ syarikat serta menguruskan semua aspek kewangan syarikat, membuat laporan dan berurusan secara terus dengan Lembaga Pengarah Syarikat.

h. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat termasuk pemasaran perniagaan

i. Sihat tubuh badan.

j. Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON:

a. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dan di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

b. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT).

c. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah dan juga gambar berukuran passport yang terbaru dan dialamatkan kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
UPNM HOLDINGS SDN. BHD.
ARAS BAWAH, BANGUNAN KASTURI,
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA,
KEM PERDANA SUNGAI BESI,
57000 KUALA LUMPUR.


PERHATIAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong