Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Tarikh Tutup 05 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai :

1. JURUTEKNIK PERUBATAN U19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 05 MEI 2019 (AHAD)
LOKASI : PELBAGAI NEGERI

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) MEI 2019


Jawatan : Juruteknik Perubatan Gred U19
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji:

Gaji Minumum : RM1,360
Gaji Maksimum : RM4,052
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00).

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

i) Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang diarahkan.

ii) Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 05 Mei 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong