Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pengambilan Terkini TLDM Tahun 2025

Jawatan kosong terkini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 25 tahun pada tarikh 1 Disember 2025 serta berkelayakan untuk mengisi pengambilan terkini Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 230/25 bagi lepasan SPM/SVM (Lelaki/Wanita) dan Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki) tahun 2025.

1. Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 230/25 (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan 31 Mei 2025 (Sabtu).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong TLDM Mei 2025

Syarat-syarat Kelayakan

1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 1 Dis 2025.

3. Lepasan SPM dan SVM - Lelaki dan Wanita.

4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta - Lelaki.

5. Taraf perkahwinan - Bujang (tidak pernah berkahwin).

6. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/SVM

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:

a. Bahasa Inggeris.
b. Matematik.
c. Sains.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu.


Kelayakan Akademik Bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan

1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.

2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).

3. Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:

a. Diploma in Engineering.
b. Diploma in Electrical Engineering.
c. Diploma in Electronics Engineering.
d. Diploma in Electrical and Electronic Engineering.
e. Diploma in Marine Engineering.
f. Diploma in Software Engineering.
g. Diploma in Microelectronic Engineering.
h. Diploma in Information Engineering.
i. Diploma in Telecommunication Engineering.
j. Diploma in Mechanical Engineering.
k. Diploma in Mechatronic Engineering.
l. Diploma in Manufacturing Engineering.
m. Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
n. Advanced Diploma in Engineering.
o. Semua Diploma Kejuruteraan yang Diiktiraf oleh MQA.

Taraf Kesihatan

1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan.

2. Penglihatan - Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

3. Syarat minimum ukuran fizikal.

Syarat minimum ukuran fizikal TLDM

Taraf Kokurikulum

Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Gaji/ Elaun/ Keistimewaan

1. Gaji permulaan :

Gaji permulaan TLDM

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM (RM200).

2. Kenaikan Tahunan - Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

3. Bayaran Elaun dan Insentif ( tertakluk kepada syarat dan kelayakan) - Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Penyelam Ranjau, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.

4. Keistimewaan - Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc).

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui borang pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dengan tepat.

3. Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM.

4.Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan pada bulan Jun 2025.

5. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.

6. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.

Pautan

Permohonan jawatan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 230/25 (Lelaki/Wanita) secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong