Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) seperti berikut.

1. Juruukur Bahan J9
2. Juruaudit W9
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
4. Penolong Pegawai Tadbir N5
5. Penolong Arkitek Landskap JA5
6. Penolong Juruukur Bahan JA5
7. Penolong Pegawai Perubatan U5
8. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA5
9. Pembantu Akauntan W1
10. Pembantu Kesihatan Awam U1
11. Jurufotografi B1
12. Juruteknik Komputer FT1
13. Pembantu Tadbir (Pengawas) N1
14. Pembantu Khidmat Am (Pemandu Kenderaan) H1
15. Pembantu Khidmat Am (Pembantu Awam) H1

Tarikh tutup permohonan 29 Mei 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MBDK Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM), sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan melalui online Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF (tidak melebihi 1.2 MB).

3. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.

4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.

5. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2026 (Jumaat).

Pautan

Iklan, syarat kelayakan, borang pemastautin selanjutnya disini

Permohonan jawatan di MBDK secara online disini

Sumber

Sumber iklan jawatan kosong
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong