Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Konstabel Polis YT1 (Lelaki/Wanita) 2024

EKSESAIS PENGAMBILAN TERBUKA (WALK-IN) JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA) TAHUN 2024.

Temuduga terbuka/ Walk-in terkini di Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri eksesais pengambilan terbuka (walk-in) jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagaimana berikut.

Jawatan Yang Ditawarkan

1. Konstabel Polis Gred YT1

Tarikh temuduga terbuka bermula pada 29 April 2024 / 30 April 2024 dan 02 Mei 2024.
Lokasi temuduga : Pelbagai Negeri (sila rujuk jadual dibawah).
Sektor : Kerajaan

Temuduga Terbuka Konstabel Polis YT1 PDRM (Lelaki/ Wanita) Tahun 2024

Syarat-Syarat Kelayakan Konstabel Polis YT1

1. Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Adalah Seperti Berikut :

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh pengambilan terbuka.

Kelayakan Akademik :

i. Penilaian Menengah Rendah (PMR)

- Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D (minimum).

Contoh

Mata Pelajaran Gred Minimum
Bahasa Melayu C
Matematik C
Bahasa Inggeris D
Sains D
Pendidikan Islam/ Moral D

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

- Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (ujian bertulis dan lisan) sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) matapelajaran lain termasuk matematik dengan Gred E (minimum).

Contoh

Mata Pelajaran Gred Minimum
Bahasa Melayu C
Bahasa Melayu (Lisan) C
Matematik E
Bahasa Inggeris E
Sains E
Pendidikan Islam/ Moral E

Kelayakan Fizikal

- Tinggi sekurang-kurangnya 163 SM (Lelaki) dan 157 SM (Wanita) tanpa bersepatu ;
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita);
- Indeks jisim badan (BMI)julat di antara 19.0 hingga 26.0; dan
- Ukuran dada sekurang-kurangnya 81 SM (biasa) dan 86 SM (semasa menarik nafas) (lelaki sahaja).

Pusat Temuduga

Pemohon Hendaklah Hadir Mengikut Pusat Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Yang Telah Ditetapkan Seperti Berikut :

LELAKI

Bil. Pusat Pemeriksaan (Lelaki) Negeri Tarikh / Masa
1. Batalion 2 PGA Kulim, Kedah Perlis, Kedah. Pulau Pinang dan Perak Tarikh :
29 April 2024,
30 April 2024 Dan
02 Mei 2024

Masa :
7.15 Pagi
Hingga
8.30 Pagi

2. Batalion 4 PGA Semenyih, Selangor Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
3. Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Melaka dan Johor
4. Batalion 7 PGA Bukit Galing, Pahang Pahang dan Terengganu
5. Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kelantan Kelantan
6. Batalion 16 PGA Kinarut, Sabah Sabah
7. Batalion 11 PGA Batu Kawa, Sarawak Sarawak

WANITA

Bil. Pusat Pemeriksaan (Wanita) Negeri Tarikh / Masa
1. Batalion 1 PGA Ulu Kinta, Perak Perlis, Kedah. Pulau Pinang dan Perak Tarikh :
29 April 2024,
30 April 2024 Dan
02 Mei 2024

Masa :
7.15 Pagi
Hingga
8.30 Pagi
2. PULAPOL Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
3. Maktab Teknik PDRM, Muar Melaka dan Johor
4. PSP Unit 6, Wakaf Tapai, Terengganu Pahang dan Terengganu
5. MES Pegawai Kanan Polis, Kota Bharu, Kelantan Kelantan
6. PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah Sabah
7. PULAPOL Kuching, Sarawak Sarawak

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Menghadiri Temuduga

Pemohon Hendaklah Membawa Dokumen - Dokumen Seperti Berikut :

1. Kad Pengengalan Asal Dan Tiga (3) Salinan;
2. Sijil Kelahiran Asal Dan Tiga (3) Salinan;
3. Sijil PMR Atau PT3 Asal Dan Satu (1) Salinan;
4. Sijil Berhenti Sekolah Asal Dan Satu (1) Salinan;
5. Sijil Penghargaan Semasa Peringkat Sekolah Menengah Asal Dan Satu (1) Salinan (Sekiranya Ada)
6. Dokuman Ibu dan Bapa :
- Dua (2) salinan kad pengenalan ibu dan bapa ;
- Dua (2) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa (hanya carian cabutan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau surat yang dikeluarkan oleh JPN sahaja diterima; atau
- Dua (2) salinan sijil kematian ibu dan bapa (jika telah meninggal dunia)

7. Pemohon Yang Telah Berkahwin :

- Dua (2) salinan kad pengenalan suami / isteri;
- Dua (2) salinan sijil ke lahiran suami / isteri;
- Dua (2) salinan sijil nikah atau surat cerai;
- Dua (2) salinan sijil kelahiran (anak pertama); atau
- Dua (2) salinan sijil kematian (jika anak pertama meninggal dunia)

8. Pemohon Kakitangan Kerajaan Atau Badan Berkanun :

- Surat sokongan dar Ketua Jabatan; dan
- Satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan terkini yang telah disahkan.

9. Pen dakwat hitam (ball-point) ; dan gam

10. Wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui pautan yang diberikan di bawah.

- Borang Ganti Rugi Dan Satu (1) Salinan; Dan
- Borang Maklumat Peribadi Calon Dan Satu (1) Salinan; Dan
- Borang Tapisan Keselamatan Empat (4) Keping Tanpa Gambar

Muat Turun Borang

(Muat turun borang, sila klik disini)

Pemohon Yang Hadir Diwajibkan Berpakaian Sukan Seperti Yang Ditetapkan :

i) Seluar Track Bottom (Gelap);
ii) Baju T-Shirt Berkolar (Putih);
iii) Kasut Sukan
iv) Membawa Seluar Pendek;
v) Baju Singlet (Wanita); dan
vi) Calon Dikehendaki Berambut Pendek Dan Kemas. (Lelaki)

Kenyataan Khas

i) Calon Yang Telah Menerima Surat Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan Dan Larian 2.4 KM Bertarikh 6 Mei 2024 Hingga 21 Mei 2024 Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1, Tidak Perlu Hadir Ke Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita) Secara Terbuka.

ii) Calon Yang Gagal Temuduga Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Dan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Digalakkan Untuk Hadir Ke Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Secara Terbuka Pada Tarikh Dan Pusat Pemeriksaan Fizikal Yang Telah Disenaraikan Diatas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

3 comments

  1. Maksud ny boleh datang 30 hb ataupn 2 mei ataupn 29 hb kan
    1. Iya.. dalam tempoh 3 hari tu.
  2. Bulan Jun ada ke tuan
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI