Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2020

HEBAHAN JAWATAN KOSONG POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SIRI 1 TAHUN 2020

1. Panggilan Ujian Intergriti Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER-PDRM) Jawatan Konstabel Polis Gred YA1.

Keterangan : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Ujian Intergriti Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER-PDRM) SIRI 1 TAHUN 2020 bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) pada 06 Januari 2020. Calon dikehendaki mengelog masuk dan menyemak di "SEMAK STATUS PERMOHONAN" bermula 26 Desember 2019.

Keterangan : Individu yang TELAH memohon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 sebelum ini boleh mula menyemak status anda bermula 26 Disember 2019. (sila ke pautan link yang kami sediakan di bawah)

2.  Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja)

Keterangan : Bagi individu yang belum membuat permohonan sebelum ini anda boleh mula membuat permohonan yang akan dibuka pada 01 Januari 2020 (Rabu) dan tarikh tamat permohonan pada 14 Januari 2020 (Selasa).

(Individu yang berminat boleh memohon pada tarikh seperti yang dinyatakan diatas)

( SILA RUJUK SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DI 'SKIM JAWATAN SEBELUM MEMOHON' ATAU SILA BACA KETERANGAN KELAYAKAN YANG KAMI SEDIAKAN DIBAWAH)


Talian HelpDesk : 03-2266 8348/8350/8351


3. PERHATIAN : SEBARAN MAKLUMAT TIDAK BENAR


TERDAPAT SEBARAN MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR MENGENAI STATUS EKSESAIS PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) YANG TELAH DITULARKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN UNTUK MENGABAIKAN MESEJ YANG TULAR DAN PIHAK YANG MENYEBARKANNYA JUGA AKAN DIAMBIL TINDAKAN SEKIRANYA MASIH MENYEBARKAN MAKLUMAT YANG SALAH.

ORANG RAMAI DIMOHON UNTUK MEMBUAT RUJUKAN DI LAMAN WEB SISTEM E- PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN LAMAN WEB RASMI PDRM UNTUK MAKLUMAT LANJUT.


Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Januari 2020

SYARAT DAN KELAYAKAN

KLASIFIKASI : Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YA1
JADUAL GAJI YA1 : RM 1,441.00 - RM 4,152.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00

SYARAT LANTIKAN :

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

ii) Syarat-syarat permohonan:

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal : (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Semakan dan permohonan jawatan PDRM disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong