Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Kedah 2024

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan Iklan dan Syarat Borang Permohonan Tarikh Tutup
1. Pensyarah UiTM Muat turun Muat turun 14 April 2024
2. Kerani Muat turun Muat turun 14 April 2024

Tarikh tutup permohonan 14 April 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : UiTM Sungai Petani, Kedah.
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun

Jawatan Kosong UiTM Kedah April 2024

Perhatian Kepada Pemohon

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci) (jika ada)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan diatas. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 April 2024.

(b) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN

NO. TEL: (04) 4562053 /2054 / 2056 / 2057
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong