Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Johor 2024

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor sepertimana berikut.

Jawatan Kosong UiTM Johor Mei 2024

  • Pensyarah UiTM
  • Kerani : Pengurusan Stor
  • Pembantu Sukan
  • Pengawal Keselamatan
  • Pemandu
Tarikh tutup permohonan 07 Mei 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong UiTM Johor Mei 2024

Cara-cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online), Sila kepautan yang diberikan dibawah.

2. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem pengambilan dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

3. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut sususan berikut :

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil PT3/PMR, SPM/MCE, HCE/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan dengan jawatan yang dipohon

4. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara
ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 07 Mei 2024 (Selasa).

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada:

BAHAGIAN PENTADBIRAN
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor, Kampus Segamat
No. Tel : +(607) – 935 2273/2010/2486/2020
Email : pengambilancj@staf.uitm.edu.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong