Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Penempatan
1. Pegawai Tadbir (Perundangan) N9 Zon Tengah
2. Penolong Pegawai Tadbir N5 Zon Tengah
3. Penolong Jurutera (Elektrik) JA5 Zon Tengah
4. Pembantu Tadbir (P/O) N1 Sabah, Sarawak, Zon Selatan, Zon Tengah & Zon Timur
5. Pembantu Keselamatan KP1 Zon Tengah
6. Pembantu Khidmat Am (Am) H1 Sarawak, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur & Zon Utara
7. Pemb. Khidmat Am (Pemanduan) H1 Zon Selatan, Zon tengah & Zon Utara

**Perhatian..!! Sila swipe atau scroll ke kiri table di atas untuk melihat butiran lengkap senarai jawatan yang diiklankan.

Tarikh tutup permohonan 08 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MARDI Ogos 2025


Cara Memohon

i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-Career@MARDI), sila kepautan yang diberikan di bawah.

a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-Career@MARDI)
b. Memohon jawatan yang berkaitan

ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan).

iii) Permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dikategorikan sebagai permohonan tidak berjaya

TARIKH TUTUP IKLAN : 08 OGOS 2025

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak urusetia talian 03-8953 7052/7085/7082

Pautan

Iklan , syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong