Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2024

Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagaimana berikut.

1. Pembaca Meter

Tarikh tutup permohonan 09 Februari 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : SAMB Melaka.
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Februari 2024

Jawatan : Pembaca Meter Gred NE3-1
Taraf : Tetap
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,500.00 - RM3,070.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM110.00

Syarat Lantikan

1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
2. Calon LELAKI sahaja.
3. Memiliki lesen memandu Kelas B2.
4. Mempunyai motorsikal sendiri.
5. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer.
6. Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat.
7. Boleh bertugas / bertukar di semua lokasi yang ditetapkan oleh Syarikat.

Syarat Tambahan

1. Keutamaan anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka.
2. Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar) dengan anggota yang bekerja di SAMB.

Bidang Tugas Utama

1. Bertanggungjawab membuat bacaan bil air pengguna di lokasi meter.
2. Membuat aduan kerosakan serta kebocoran paip, melapor kecurian air dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan tanggungjawab pembaca meter.
3. Berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan berhemah dan tepat.

Cara Memohon

Permohonan jawatan Pembaca Meter hendaklah menggunakan Borang SAMB 1 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 Februari 2024 (Jumaat).

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong