Jawatan : Eksekutif Jualan (EJ)
Gaji : RM1,700.00 sebulan
Insentif : Komisen berdasarkan prestasi diberikan kepada Eksekutif Jualan sahaja.
Penempatan :
(i) Pejabat PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan (Pejabat Negeri).
(ii) Pejabat PTPTN Cawangan Ayer 8, Putrajaya.
Tarikh tutup permohonan 02 Jun 2026 (Selasa).
Sektor : Badan Berkanun
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek BahasaMalaysia pada peringkat SPM.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
- Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
- Perwatakan menarik;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
- Berkebolehan menganalisis dengan baik;
- Boleh memandu, mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
- Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
Calon yang dilantik adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan Eksekutif Jualan dan Eksekutif Operasi yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
i. Calon diminta untuk mengemukakan resume terkini ke kaunter PPN Wilayah Persekutuan (Menara PTPTN) atau menyerahkan resume/maklumat calon kepada: arusti@ptptn.gov.my dan hafsoh@ptptn.gov.my sebelum atau pada tarikh 02 Jun 2026.
ii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau
ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.
Catatan Am
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan tiga (3) bulan selepas daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab sendiri.
iii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
Sumber jawatan disini
