Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong HDC Sarawak 2024

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC Sarawak) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan kosong bertaraf Tetap dan Berpencen seperti berikut di:
  • Ibu Pejabat (HQ) HDC, Kuching
  • Pejabat Wilayah Kawasan Utara (PWKU), Miri
  • Pejabat Tapak Bina (PTB), Bintulu
Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang tinggal di bahagian atau kawasan berdekatan dengan penempatan kekosongan jawatan-jawatan yang dijadualkan seperti di bawah:

Bil. Jawatan dan Gred Penempatan dan Kekosongan Tarikh Tutup
1. Jurutera Awam J41 Miri (1) 05 Feb 2024
2. Akauntan WA41 Kuching (1) 05 Feb 2024
3. Pegawai Penyelidik Q41 Kuching (1) 05 Feb 2024
4. Pegawai Tadbir N4 Kuching (1) 05 Feb 2024
5. Penolong Pegawai Tadbir N29 Bintulu (1) 05 Feb 2024
6. Pelukis Pelan JA19 Miri (1) 05 Feb 2024
7. Pembantu Tadbir N19 Kuching (4) 05 Feb 2024
8. Pembantu Awam H11 Kuching (2), Bintulu (1) 05 Feb 2024

Tarikh tutup permohonan 05 Februari 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : HDC Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong HDC Sarawak 2024

Cara Memohon

a) Semua pemohon hendaklah mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui laman web Perbadanan Pembangunan Perumahan (sila kepautan yang diberikan di bawah).

b) Selain itu, semua pemohon juga dikehendaki menghantar SATU SALINAN DOKUMEN (HARDCOPY) seperti berikut:-

i. Salinan Resume berserta Cover Letter;
ii. Sekeping gambar berukuran passport;
iii. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
iv. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan;
v. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan; dan
vi. Salinan Sijil-sijil lain dan dokumen berkaitan yang telah disahkan.

Salinan dokumen tersebut hendaklah DIHANTAR kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
WISMA SULTAN TENGAH, JALAN SUKMA
PETRA JAYA, 93730 KUCHING, SARAWAK
(U.P: SEKSYEN SUMBER MANUSIA)

c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;

d) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon;

e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya;

f) Permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan Penyata Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi (3 tahun terakhir) dan Laporan Sulit daripada majikan;

g) Penempatan calon adalah tertakluk kepada keperluan dan perubahan dari semasa ke semasa; dan

h) Permohonan akan dibuka bermula pada 22 Januari 2024 (12:00 tengahari). Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Februari 2024 (5:00 petang). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI