Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) 2023

Jawatan kosong terkini di Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N19

Tarikh tutup permohonan 13 November 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : YINK Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) November 2023

1. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Mempunyai kelayakan seperti berikut :-

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau 
ii. SPM atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

e) Calon yang memiliki Sijil Kesetiausahaan dan berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) diberikan keutamaan.

Lain-lain Syarat Kelayakan

1. Mana-mana individu yang mempunyai jawatan dalam perkhidmatan awam / swasta dan berhasrat untuk memohon dan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.
2. Keutamaan kepada Anak Kelahiran Negeri Kedah dan bermastautin / menetap di Negeri Kedah.
3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang fash berbahasa Inggeris (menulis / bertutur)
4. Keutamaan diberikan kepada calon perempuan.

Cara Memohon

a) Pemohon hendaklah menghantar resume berserta dokumen - dokumen seperti berikut :

i) Gambar berukuran passport
ii) Salinan Sijil Kelahiran Salinan Kad Pengenalan Salinan Sijil Peperiksaan
iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
vi) Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

b) Setiap Salinan dokumen hendaklah DIAKUI SAH.

c) Permohonan yang lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamat kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Yayasan Islam Negeri Kedah
No. 56a Jalan Telok Wanjah
05200 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Pengarah Korporat)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 November 2023 (Isnin) Jam 12.00 Tengah hari.

Catatan Am

a) Jabatan ini tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan kerana menghadiri temuduga;
b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
c) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini ditutup dianggap tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong