Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KKDW November 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 41
2. Personel MySTEP Gred 29

Tarikh tutup permohonan 03 November 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Unit Komunikasi Korporat, KKDW, Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KKDW November 2023

1. Personel MySTEP Gred 41
Kelayakan Akademik : Ijazah
Taraf pelantikan : Kontrak
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Tempat Bertugas : Unit Komunikasi Korporat, KKDW.

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab;
d) Memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin, sihat tubuh badan, cergas dan ceria;
e) Berkebolehan lancar dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris;
f) Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian berkaitan video editor;
g) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
h) Mahir dalam aspek teknikal suntingan video.

Deskripsi Tugas

1. Melaksana penerbitan dan penyuntingan video-video program rasmi KKDW;
2. Berpengalaman dalam penyuntingan (editing) video untuk media sosial;
3. Mempunyai pengetahuan bagi aplikasi di dalam telefon pintar dan software komputer yang berkaitan suntingan video, pengisian kandungan dan lain-lain;
4. Маmpu mencipta dan menerbitkan kandungan kreatif dan inovatif untuk media sosial KKDW;
5. Sentiasa bersedia untuk penugasan di lapangan;
6. Mampu bekerja di luar stesen dan bekerja pada hujung minggu;
7. Mampu mengendalikan tugas-tugas penstriman langsung Facebook Live KKDW;
8. Tugas-tugas lain dari semasa ke semasa.

2. Personel MySTEP Gred 29
Kelayakan Akademik : Diploma
Taraf pelantikan : Kontrak
Kadar Upah : RM1,900.00 sebulan
Tempat Bertugas : Unit Komunikasi Korporat, KKDW.

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab;
d) Memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin, sihat tubuh badan, cergas dan ceria;
e) Berkebolehan lancar dan fash berbahasa Melayu dan Inggeris;
f) Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian berkaitan video editor;
g) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
h) Mahir dalam aspek teknikal suntingan video.

Deskripsi Tugas

1. Melaksana penerbitan dan penyuntingan video- video program rasmi KKDW;
2. Mempunyai kelebihan sebagai juruvideo dalam mengendalikan peralatan fotografi dan video seperti DSLR dan kamera video/ telefon pintar;
3. Sentiasa bersedia untuk penugasan di lapangan;
4. Mampu bekerja di luar stesen dan bekerja pada hujung minggu;
5. Mampu mengendalikan tugas- tugas penstriman langsung Facebook KKDW;
6. Tugas-tugas lain dari semasa ke semasa.

Kemudahah Personel MySTEP

a) Cuti rehat
b) Cuti sakit
c) Caruman KWSP dan PERKESO

Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan sila kemukakan resume beserta gambar terkini berwarna berukuran passport, Salinan kad pengenalan dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat e-mel : info@rurallink.gov.my dengan MENULIS TAJUK JAWATAN yang dipilih seperti contoh PERMOHONAN JAWATAN GRED 41 Atau PERMOHONAN JAWATAN GRED 29. Hanya calon-calon yang disenarai pendek selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 Minggu daripada Tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 November 2023 (Jumaat).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong