Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pusat Sains Negara (PSN) 2023

Jawatan kosong terkini di Pusat Sains Negara (PSN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur sepertimana berikut.

1. Pegawai Teknologi Maklumat

Tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : PSN Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pusat Sains Negara (PSN) November 2023

Syarat Permohonan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, kejuruteraan komputer, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
  • Warganegara Malaysia (berumur tidak melebihi 35 tahun). 
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pembangunan sistem maklumat, pangkalan data, portal/laman web dan aplikasi mudah alih. Berkebolehan dalam pengaturcaraan PHP, (berpengalaman dalam pembangunan menggunakan Framework seperti Laravel, Yii atau seumpamanya adalah digalakkan), Java, JavaScript, Query, HTML5 dan CSS. Mempunyai pengetahuan dalam pembangunan menggunakan CMS seperti Wordpress, Joomla atau Drupal.
  • Mempunyai pengetahuan dalam pembangunan Cross Platform Apps seperti Flutter/lonic atau seumpamanya.
  • Berkebolehan dalam menggunakan RDBMS seperti MySQL, SQL Server dan pangkalan data yang setara dengannya.
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Boleh melaksanakan tugas yang diberikan oleh Pegawai Penyelia dari semasa ke semasa. Boleh bekerja pada hujung minggu atau cuti umum jika diperlukan. Cuti ganti akan diberikan pada hari bekerja.
Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menghantar permohonan ke emel : mkrijal@psn.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2023 (Selasa).
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong