Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Mersing (MDM) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Mersing (MDM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Majlis Daerah Mersing (MDM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Tarikh Tutup
1. Pembantu Operasi N11 Dua (2) Tetap 30 Oct 2023
2. Pemandu Kenderaan H11 Satu (1) Tetap 30 Oct 2023
3. Pembantu Awam H11 Lima (5) Tetap 30 Oct 2023
4. Pengawal Keselamatan KP11 Dua (2) Tetap 30 Oct 2023

Tarikh tutup permohonan 30 Oktober 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MDM Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Mersing (MDM) Oktober 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang asal MDM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan /Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan kelulusan akademik (Sijil/Diploma/ljazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
  • Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Sijil/Diploma/ljazah sebenar masih belum diterima);
  • Satu (1) keping gambar berukuran passport terkini;
  • Sijil-sijil sokongan yang berkaitan (jika ada);
3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO. 1, JALAN TUN DR ISMAIL
86800 MERSING, JOHOR
(u.p.: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2023 (Isnin).

4. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini mengikut peraturan 18 Bab A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Borang permohonan hendaklah disi dengan lengkap dan kemas dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

2. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti di dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.

5. Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

6. Semua salinan dokumen hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional / Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong