Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong (MDLG) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Lenggong (MDLG) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Lenggong (MDLG) sepertimana berikut.

1. Pembantu Awam H11
2. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 10 November 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MDLG Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong (MDLG) November 2023

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian di Portal Perak Digital yang boleh anda dapati pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2023 (Jumaat).

Iklan dan permohonan jawatan secara onliine disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong