Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023

Jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Tarikh tutup permohonan 03 November 2023 (Jumaat).

Jawatan Kosong Konstabel Polis PDRM Gred YA1 Tahun 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351

Syarat Permohonan

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian;

Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain; atau

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred 'C'), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:

Jawatan Kosong Konstabel Polis (Lelaki/Wanita) Gred YA1 Tahun 2023

atau

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01]; atau

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02].

Kelayakan Fizikal

* Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita);
* Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita);
* Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
* Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
* Lulus ujian penglinatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan;
* Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
* Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.

Gaji dan Faedah

* Gaji Permulaan RM 1,441.00
* Elaun Khidmat
* Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah
* Bayaran Insentif Khas PDRM
* Elaun Perumahan
* Lain-lain elaun mengikut jabatan

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

* Jabatan Pengurusan
* Cawangan Khas
* Jabatan Siasatan Jenayah
* Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
* Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
* Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
* Jabatan Logistik dan Teknologi
* Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
* Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
* Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan pegawai rendah polis dan konstabel adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim pekhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan sepertimana syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman ePengambilan PDRM, sila ke pautan yang diberikan di bawah.

2. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Help Desk Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351.

Perhatian

• Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
• Pemohon yang memalsukan maklumat akan disenarai hitam.

Permohonan jawatan secara online di epengambilan PDRM disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong