Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FRIM November 2023

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan 17 November 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : FRIM Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong FRIM November 2023

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir N29
Penempatan : Bahagian Pentadbiran
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,493.00 - RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Imbuhan

(i) Tetap Khidmat Awam : RM160.00
(ii) Tetap Perumahan : RM300.00
(iii) Bantuan Sara HIdup : RM350.00

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(iii) Memiliki kelayakan berikut:
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00);
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00);
(c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95);

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau 
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 60 tahun.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sila ke pautan yang diberikan di bawah. Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 November 2023 (Jumaat).

Catatan Am

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan jawatan FRIM secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong