Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan Darul Naim) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan KONTRAK di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41
2. Pegawai Undang-Undang L41
3.Penolong Pegawai Penilaian W29
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19
5. Pembantu Operasi N11
6. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 17 September 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : MDKPI Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh 2023

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan: -

i) Pembelian terus di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, KM 19 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu, Kelantan.

ii) Pembelian secara online melalui laman web Mailis Daerah Ketereh Perbandaran Islam https://mdketereh.kelantan.gov.my
[rujuk cara bayaran di (b)

iii) Borang juga bole didapati dengan menghantar sampul surat 20cm × 23cm bersetem, dan beralamat sendiri kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.


(b) Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325

dan Bank Islam No. 03120010000711. Sila kembarkan butir - butir pembayaran dan hanya borang yang dilampirkan beserta resit bavaran/cetakan resit bavaran RM3.00 atas nama Mailis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang permohonan.

(d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen-dokumen lain sebagai sokongan.

(e) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai wam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(f) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

TUAN YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2023 (Ahad).

(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(h) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.

(i) Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong