Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAIPk Oktober 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) seperti mana berikut.

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
4. Juruteknik Komputer FT19

Tarikh tutup permohonan 06 Oktober 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MAIPk Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAIPk Oktober 2023

Cara Memohon

1. Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKP-P01/B01) yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 IPOH, Perak.

2. Sekeping gambar berukuran passport hendaklah dilekatkan di ruang yang telah disediakan pada borang permohonan.

3. Satu borang permohonan hanya untuk satu jawatan sahaja. Sila gunakan borang yang berasingan jika ingin memohon lebih dari satu jawatan.

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

5. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) ke alamat berikut :

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)


6. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

7. Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

8. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

9. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong