Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP1

Jawatan kosong terkini di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tahun 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seperti berikut.

1. Pegawai Imigresen Gred KP1
Kekosongan : 93 Simpanan : 200

Tarikh tutup permohonan 29 Julai 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan/ Badan berkanun

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 2025

Jawatan : Pegawai Imigresen Gred KP1
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
dan


b. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 29 Julai 2025 (Selasa), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

16 comments

  1. Tamilarasan
  2. nk masuk
    1. Try je apply
  3. Salam. Kalau yang masih study diploma law enforcement boleh apply ke ????
    1. wslm.. elok habiskan belajar sbb yg ni kontrak setahun shj.
  4. Salam bang , kenapa saya try email dia kata adress not found eh ?
    1. Wassalam.. emel : bpsmjohor@imi.gov.my
  5. If Spm cert only, boleh ke
    1. Gred JA29 sekurang2nya Diploma..
  6. ???
  7. Saya tak boleh masuk
  8. maaf saya bertanya boleh kan tempat ni buat internship
  9. Kalau skm 2 boleh ke
  10. Kalau skm 2 boleh ke
  11. Macamana nak apply?
  12. Macam mana nk daftar ye
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong