1. Pemandu Rasmi PP10
Tarikh tutup permohonan 14 September 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : LPJ Johor
Sektor : Badan Berkanun
Calon hendaklah memenuhi kelayakan berikut :-
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
(c) Bebas daripada sebarang rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, tuduhan rasuah (SPRM), keberhutangan serius, muflis dan tindakan tatatertib; dan
(d) Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
(e) Memiliki lesen memandu Kellas B2 / B / D / E2 / E1 / E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan LEMBAGA PELABUHAN JOHOR JAWATAN KOSONG 2
(f) Kemahiran dalam membawa kenderaan seperti kereta, van, kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal; dan
(g) Perakuan pemeriksaan kesihatan melalui Laporan perubatan Klinik/Hospital dari panel LPJ.
Syarat Lantikan
(a) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau luar negara; dan
(b) Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(c) Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan pemanduan kenderaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun ke atas.
Ringkasan Tugas dan Tangunggjawab
(a) Melaksanakan tugas-tugas pemanduan rasmi, menjaga dan memastikan kenderaan rasmi berada di dalam keadaan yang baik, elok dan selamat untuk setiap perjalanan serta membantu menghantar kenderaan rasmi bagi tujuan penyelenggaraan.
Cara Memohon
(a) Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(b) Borang permohonan yang lengkap perlu di sertakan bersama-sama dokumen berikut:
(i) Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai;
i. Maklumat peribadi,
ii. Kelayakan akademik/ kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)
iii. Pengalaman kerja
iv. Jangkaan gaji
v. Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport; dan
(i) Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai;
i. Maklumat peribadi,
ii. Kelayakan akademik/ kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)
iii. Pengalaman kerja
iv. Jangkaan gaji
v. Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport; dan
(ii) Salinan Sijil Kelahiran & Salinan Kad Pengenalan; dan
(iii) Semua salinan sijil-sijil yang disertakan perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional yang berkelayakan ; dan
(iv) Laporan Pemeriksaan Kesihatan terkini.
(c) Borang permohonan dan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses. Borang yang lengkap diisi dan dokumen terlibat dengan permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
JALAN MAWAR MERAH 2,
PUSAT PERDAGANGAN 2,
81700 PASIR GUDANG,
JOHOR DARUL TA’ZIM
(U.P : Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)
Tel: 07-2534000
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 14 September 2023 (Khamis).
Maklumat Temuduga
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon yang di senarai pendek untuk menghadiri temu duga dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan MQA kelayakan melalui : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh temu duga, adalah dianggap tidak berjaya.
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Muat turun borang pemeriksaan kesihatan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Muat turun borang pemeriksaan kesihatan disini