Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KPDN 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan SEGERA jawatan Personel MySTEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 19

Tarikh tutup permohonan 29 September 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : KPDN Sarawak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KPDN September 2023

Jawatan : Personel MySTEP Gred 19
Taraf Jawatan : Kontrak untuk perkhidmatan (Contract Of Service)
Tempoh Perkhidmatan : 15 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023
Agensi Negeri : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Bilangan Kekosongan : 14
Penempatan : Seluruh Sarawak
Kadar Upah Personel MySTEP : RM 1,700.00 sebulan (termasuk caruman kepada KWSP dan PERKESO)

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut;

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh jawatan;
(c) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setara dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menghantar surat iringan bersama resume yang lengkap dan disertakan dengan gambar berukuran passport yang terkini.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil persekolahan, salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan berikut AKAN DITOLAK

i. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
ii. Tidak lengkap atau tidak terang;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv. Tidak ditulis nombor kad pengenalan;
v. Tidak diturunkan tandatangan;

Alamatkan permohonan kepada

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak,
No. 41051, Jalan Tun Jugah, Kampung Tabuan Dayak,
93350 Kuching, Sarawak.
(u/p: Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran Dan Kewangan)


Sila catat nama jawatan 'Personal MySTEP' di penjuru kiri atas setiap sampul surat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 September 2023 (Jumaat).

Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang layak berdasarkan asas tapisan yang dietapkan sahaja yang akan ditemuduga.
ii. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dan tarikh iklan hendaklah menggangap permohonan mereka tidak berjaya.
iii. Jabatan ini tidak akan menanggung perbelanjaan bagi menghadiri temuduga kelak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

(i) Encik Mat Yassin Bin Sulaiman
Unit Pentadbiran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak
Telefon : 082-5377723 Samb. 223

(ii) Encik Grey Anak Duda
Unit Pentadbiran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak
Telefon: 082-5377725 Samb. 225
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong