Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor darul Ta’zim) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pembantu Penguatkuasa (Letak Kereta) KP19

Tarikh tutup permohonan 15 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : MDKT Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) November 2023

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dimuat turun melalui pautan yang diberikan di bawah dengan bayaran kiriman wang pos/tunai RM1.00. Semua permohonan hendaklah disertakan :-

(i) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Kelahiran
(ii) Salinan Sijil-sijil Akademik
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
(iv) Salinan Lesen Memandu (jawatan berkaitan)
(v) Gambar Warna Berukuran Passport
(vi) Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah) ; 
dan Surat/Dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGG
I

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2023 (Rabu).

(b) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terakhir sepertimana mengikut Peraturan 18 Tahun 2012 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) yang perlu dibawa semasa temuduga.

(c) Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

(d) Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

Permohonan Yang Ditolak

(a) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak DITOLAK ditandatangani.
(b) Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
(c) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan kerajaan.
(d) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(e) Pemohon tidak memenuhi/tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.
(f) Tidak menyertakan gambar passport berwarna.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong