Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Sabah 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah sebagaimana berikut.

1. Pensyarah UiTM

Tarikh tutup permohonan 10 Oktober 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Sabah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Sabah Oktober 2023

Cara Membuat Permohonan

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;

a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tingi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

v) Nama fakulti (jawatan akademik) yang dipohon hendaklah tulis dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

vi) Borang pemohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vii) Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak Berjaya.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2023 (Selasa).

- Bidang/Fakulti yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
- Sila sampaikan pada atau sebelum tarikh tutup borang permohonan.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Peringatan : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI