Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang) serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sebagaimana berikut.

1. Penolong Akauntan Gred W29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
3. Pembantu Tadbir (Receptionist) Gred N19
4. Pemandu Kenderaan Gred H11
5. Pembantu Operasi Gred N11

Tarikh tutup permohonan 13 Jun 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : PKNP Pahang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Jun 2023

Cara Memohon

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PKNP (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Tuan/puan adalah dikehendaki mengemukakan maklumat berikut sebelum sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat email career@pknp.gov.my;

a) Cover Letter jawatan yang dipohon
b) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
c) Surat Pengesahan Permastautin bagi calon/ibu/bapa yang bukan Anak Pahang
d) Sijil Berhenti Sekolah (sekolah terakhir) yang disahkan
e) Sijil PT3/PMR yang disahkan.
f) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengemukakan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (jika berkaitan).

atau, tuan/puan boleh mengemukakan maklumat berikut ke alamat:

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Perbadanan Kemajuan Neger Pahang
Tingkat 12, Kompleks Teruntum 25000, Kuantan

Jika sekiranya tuan/puan tidak mengemukakannya dalam tempoh tersebut maka permohonan tuan/puan tidak akan dipertimbangkan.

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Jun 2023.

4. Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong