Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pejabat Daerah Dan Tanah Baling 2023

Jawatan kosong terkini di Pejabat Daerah Dan Tanah Baling 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada penduduk Negeri Kedah yang menetap di Daerah Baling) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Tetap di Pejabat Daerah Dan Tanah Baling sepertimana berikut.

1. Pemandu Kenderaan Gred H11

Tarikh tutup permohonan 12 Jun 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Baling, Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pejabat Daerah Dan Tanah Baling Jun 2023

Cara Memohon

1. Borang permohonan dan syarat kelayakan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a) Salinan Kad Pengenalan Diri;
b) Salinan Sijil Kelahiran;
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
d) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan;
e) Salinan Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon;
f) Salinan Lesen memandu;
g) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport; dan
h) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 

4. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tahun 2020, 2021 dan 2022 dan dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing. 

5. Pemohon daripada anggota berjawatan tetap di gred yang sama dan sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Persekutuan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak dipertimbangkan.

6. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

7. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

PEGAWAI DAERAH BALING,
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.
(u.p. PEJABAT TANAH BALING)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Jun 2023 (Isnin) sebelum jam 3.00 petang.

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

2. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

4. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan mengikut kepentingan perkhidmatan.

5. Sila patuhi arahan yang diberikan.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong