Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Melaka 2023

Jawatan kosong terkini di Yayasan Melaka 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Melaka sepertimana berikut.

1. Penjaga Jentera Elektrik J19
Jadual Gaji : RM1,377.00 - RM4,052.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM100.00

Tarikh tutup permohonan 22 Mei 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Yayasan Melaka.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Yayasan Melaka Mei 2023

Cara Memohon

1) Pemohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Iklan Jawatan Kosong yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon dan mengemukakan satu (1) permohonan jawatan sahaja.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’, sekeping gambar terbaharu berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-Sijil Akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)/ Persekolahan beserta dengan keputusan/ kelulusan peperiksaan yang berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung. Setiap borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan menggunakan (Pen Dakwat Hitam Dengan Terang Dan Jelas Dalam Huruf Besar).

3) Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4) Borang Permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran/ kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.

5) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya :-

(i) Tidak disertakan dengan salinan sijil dan dokumen yang diperlukan;
(ii) Salinan sijil dan dokumen sokongan yang dikemukakan tidak disahkan;
(iii) Tidak lengkap atau tidak terang;
(iv) Tidak memenuhi dan mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan;
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai yang sedang berkhidmat);
(vi) Borang permohonan tidak ditandatangani serta tiada dituliskan tarikh; dan
(vii) Dan diterima selepas daripada tarikh permohonan ditutup.

6) Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan akan dihubungi melalui email/telefon dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan ditutup.

7) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8) Bagi calon-calon yang telah ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas dua (2) bulan dari tarikh temuduga, hendaklah menganggap mereka tidak berjaya untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

9) Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2023 dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara pos atau serahan tangan selewatnya pada 22 Mei 2023 jam 12.00 tengahari di Kaunter Aras Bawah, Wisma Yayasan Melaka sepertimana alamat berikut:-

Pengurus Besar
Yayasan Melaka
Lot 925, Blok B, Wisma Yayasan Melaka,
Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka,
Telefon : 06-2311822 ext 124 ,126,127 & 129
(u.p.: Unit Sumber Manusia & Kualiti)

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI