Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPSI Mei 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepertimana berikut.

1. Penerbit Rancangan B19
2. Pereka (Seni) B19
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19
4. Pemandu Kenderaan H11
5. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : UPSI Tanjung Malim, Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UPSI Mei 2023

Cara Memohon

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). Sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

5. Setelah permohonan lengkap diisi :

5.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
5.2 sila sertakan salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut :-

i) Kad Pengenalan;
ii) Ijazah Sarjana Muda / Diploma (jika berkaitan);
iii) Transkrip Akademik (jika berkaitan);
iv) Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
v) Sijil Kokurikulum;
vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

5.3 dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan di emel;
5.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap / kontrak / sementara / sambilan) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.

7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dengan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :

No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6399 / 6339 / 6340

Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 16 Mei 2023 (Selasa).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong