Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPAG Mei 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sepertiana berikut.

1. Pelukis Pelan/ Penolong Jurutera JA29
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19

Tarikh tutup permohonan 19 Mei 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPAG Melaka.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPAG Mei 2023

Cara Memohon

1. Semua permohonan jawatan DIMESTIKAN menggunakan Sistem Permohonan Perjawatan secara atas talian (online), sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada pautan iklan jawatan kosong bawah.

3. Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan - Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengisi borang Pengesahan Ketua Jabatan di LAMPIRAN A.

4. Permohonan yang TIDAK dibuat menerusi Sistem Permohonan Jawatan secara atas talian akan DITOLAK.

5. Pemohon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Arahan Pengisian sebelum memohon jawatan. Pemohon DIMESTIKAN memuatnaik gambar terkini berukuran pasport, kad pengenalan dan dokumen sokongan akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan dipohon yang telah disahkan dengan ukuran tidak melebihi 2MB. Kegagalan mengisi maklumat dengan lengkap serta tidak memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon DITOLAK.

6. Ijazah/ Diploma/ Sijil yang diberi pengiktirafan ole Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia Malaysia Qualifications Register, MQR) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mgr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

Catatan Am

1. Permohonan hendaklah sampai ke MPAG sebelum/ pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

4. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.

6. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mei 2023 (Jumaat).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong