Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Bagi Latihan PraPerkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.

Apakah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)?

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
1.2 Mod Program: Sepenuh Masa
1.3 Pelaksanaan: Perdana
1.4 Interaksi Kuliah: Bersemuka sepenuhnya di kampus
1.5 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
1.6 Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024

Apakah Syarat Kelayakan PDPP?

2. SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN

2.1 Warganegara Malaysia;

2.2 Sihat tubuh badan;

2.3 Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan

2.4 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.

2.5 Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.

2.6 Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau

2.7 Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;

2.8 Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).

2.9 Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE),
Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.

2.10 Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.

2.11 Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan PDPP?

3. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
• Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan

3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
• Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan

3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan

3.4 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Calon yang Tidak Layak Memohon PDPP?

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

1. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan serta ditamatkan daripada pengajian.
4. Calon yang diisytiharkan bankrap.
5. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
6. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
7. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my mulai 13 Ogos 2024, jam 10.00 pagi sehingga 19 Ogos 2024, jam 11.59 malam.

2. Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP)

3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.

6. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu tahun pengajian.

2. KPM tidak akan menanggung sebarang kos lain termasuklah kos sewaan penginapan sepanjang tempoh pengajian.

3. KPM tidak akan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul sekiranya pemohon perlu melepaskan jawatan bagi mengikuti pengajian.

4. KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.

5. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERINGATAN

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

Pertanyaan

Pertanyaan berkaitan Program ini. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250 
Jalan Usahawan 1 
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733

No Fax : 03-8312 6655
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI