Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Tentera Darat Malaysia (TDM) 2023

Jawatan kosong terkini di Tentera Darat Malaysia (TDM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah, adalah dipelawa memohon pengambilan jawatan terkini di Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai :

1. Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 198 Tahun 2023

Tarikh tutup permohonan 30 April 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Tentera Darat Malaysia (TDM) April 2023

Jawatan : Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 198 Tahun 2023

Syarat Akademik
  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
Kelayakan Tambahan
  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  • Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
Syarat Asas Permohonan
  • Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
Penglihatan
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna
Pendengaran 
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
Fizikal
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
Taraf kesihatan 
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
Syarat Fizikal

Tinggi :
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat :
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9
Kelayakan Akademik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM - Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]

DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

SYARAT WAJIB - Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik.

Peringatan : Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara atas talian (online), sila kepautan yang diberikan di bawah.

Sebarang pertanyaan atas masalah sila hubungi:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera darat Malaysia
No. Tel : 03-40140470 / 03-40140467 (Isnin-Jumaat, jam 9.00 pg - 4.00 ptg.)

Permohonan jawatan TDM secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong