Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan) serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Kemahiran H19
4. Pelukis Pelan JA19

Tarikh tutup permohonan 19 November 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPM Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) November 2023

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian di Digital Perak (sila kepautan yang diberikan di bawah). Pemohon diingatkan untuk mengisi alamat email dan nombor telefon yang aktif dalam borang permohonan.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Ujian Bertulis/Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan/akademik yang telah disahkan dan lain- lain dokumen yang perlu dikemukakan.

5. Sebarang urusan melibatkan teknikal Sistem Permohonan Jawatan Kosong melalui portal Digital Perak hendaklah menghubungi Pasukan Help Desk Perak Digital melalui emel perakdigital.kperak@gmail.com (contoh : Lupa Kata Laluan)

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 19 November 2023 (Ahad).

Syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online di Digital Perak disini

Pautan Lain Yang Berkaitan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengkalan Hulu (MDPH)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong (MDL)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah (MDTapah)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong