1. Pereka B31
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Juruukur Bahan JA29
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
5. Penolong Arkitek Landskap JA29
6. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
7. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
8. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
9. Pembantu Penguatkuasa KP19
10. Pembantu Kemahiran H19
11. Pembantu Kesihatan Awam U19
12. Pembantu Juruaudit W19
Tarikh tutup permohonan 29 September 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPKlang Selangor.
Sektor : Kerajaan
Tertakluk Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Perhatian Kepada Pemohon:
i. Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) secara online (sila kepautan yang diberikan di bawah).
ii. Permohonan melalui online Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF (tidak melebihi 1.2 MB).
iii. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.
iv. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.
v. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
vi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan
Sila semak syarat kelayakan dan permohonan yang lebih lengkap dengan memuat turun syarat kelayakan di bawah.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan boleh menghubungi:
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Klang
Bangunan Sultan Alam Shah
Jalan Perbandaran
41675 Klang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: 03-3375 5555
Talian Sambungan: 1504/1512/1524
Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 September 2023 (Jumaat).
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini