Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia sepertimana berikut.

1. Pegawai Eksekutif 4 (Gred PE.4)

Tarikh tutup permohonan 10 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan UPM, Serdang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) Mac 2023

1. Pegawai Eksekutif 4 (Gred PE.4)
Imbuhan Bulanan : RM2,000.00
Kekosongan : Satu (1)
Penempatan : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Kemudahan Perubatan bagi diri sendiri sahaja, Caruman KWSP Dan Perkeso.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan Pegawai Eksekutif 4 (Gred PE.4) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
c) Mempunyai kelayakan minimum Diploma/STPM/STAM/MATRIKULASI atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Keutamaan

a) Mahir dalam pengendalian Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) dan Aplikasi Google seperti Google Sheet / Google Drive / Google Form;
b) Komunikasi dan penulisan yang bagus dalam Bahasa Inggeris;
c) Mempunyai keterampilan yang baik;
d) Calon yang mempunyai pengalaman satu (1) hingga tiga (3) tahun dalam bidang pentadbiran akan diberi keutamaan.

Diskripsi Tugas

Bertanggungjawab dalam urusan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia. Tempoh lantikan adalah satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun (bergantung dengan keperluan semasa).

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah, beserta salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil tamat sekolah, resume, sijil /dokumen akademik dan transkrip (termasuk SPM, Diploma/Matrikulasi dan Ijazah) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport. 

2. Sila hantar permohonan melalui e-mel: syifarida@upm.edu.my atau husna.karim@upm.edu.my

Perhatian

a) Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon akan menyebabkan permohonan tidak diproses;
b) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan 10 Mac 2023 (Jumaat).

Muat turun borang permohonan jawatan UPM disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong