Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2023. Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak sepertimana berikut.

1. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 21 Mac 2023.
Lokasi penempatan : Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UKM Mac 2023

1. Pembantu Awam H11
Status : Kontrak
Tempoh Lantikan : Satu (1) Tahun
Gaji : RM1,218.00
ETP : RM300.00
ETKA : RM95.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup : RM350.00

Syarat kelayakan

1. Warganegara Malaysia;
2. Kepujian di peringkat PT3/PMR

Keutamaan Diberikan Kepada Calon Berikut

i. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan;
ii. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
iii. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa;
iv. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan;
v. Boleh bekerja pada bila-bila masa seperti diminta.

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan aduan kerosakan pelajar:

• Memeriksa dan menfailkan rekod kerosakan
• Membaiki kerosakan kecil yang tidak dapat dilakukan oleh panel

Cara Memohon

i. Calon boleh membuat permohonan dengan menghantar salinan lembut (softcopy) dokumen ke alamat e-mel: mhk@ukm.edu.my dengan tajuk - Permohonan Jawatan Pembantu Awam Gred H11

Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan jawatan:
  • Curriculum vitae (CV) lengkap;
  • Salinan Sijil PT3/PMR;
  • Sijil kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
iii. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
iv. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

Tarikh tutup permohonan pada 21 Mac 2023 (Selasa).
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong